Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelak mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Khamis, 9 Oktober 2008
RaHsIa CiUmAn LeLaki
Posted by yumizara at 2:49 PTG 1 comments
Labels: rahsia lelaki
kArEktor diSebaLik keLaHirAn AndA
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER
Posted by yumizara at 2:05 PTG 0 comments
aPa aDa dALaM aiR maNi aNda!!
Posted by yumizara at 1:50 PTG 0 comments
Labels: rahsia lelaki
Rabu, 8 Oktober 2008
rAhsiA beRpAsaNgAn MenGikUt UrUtaN kELuaRgA
Posted by yumizara at 2:50 PTG 0 comments
rAhSia PanGkaL NaMa
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Posted by yumizara at 2:44 PTG 0 comments
12 kEsiLaPan sUami diRanJaNG
1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.
2. PENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.
3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.
4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.
6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.
7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.
8. GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.
9. BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.
10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER
isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari disepanjang tepinya saja.
11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda.
12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membukahadiah yang bernilai.
Posted by yumizara at 2:39 PTG 0 comments
TaBiat wAnita meNGIKuT hARi KeLaHiRaN MeReKa
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudahmenggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudahmengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas,berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskankewangannya. Namun jika marah berapi-api danmenakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalampertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkankesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.Seksualnya kurang membara melainkanpasangannya pandai mencari tempatrangsangannya.
Posted by yumizara at 1:54 PTG 0 comments
Nak ShaRe SoMetHinG nih!!
Posted by yumizara at 12:01 PTG 0 comments
Labels: unLabels
Sabtu, 4 Oktober 2008
BeWaRe Of Diz BLog!!!!
Assalamualaikum w.h.b.k.t, di sini ingin saya sebarkan laman-laman web anti Islam. Laman-laman web ini cuba untuk mempesongkan akidah umat Islam pada masa ini.Laman-laman web ini banyak mempermainkan ajaran Islam yang sebenar serta memesongkan lagi ajaran Islam serta berjenaka dengan ayat al-Quran, diharap para muslimin dan muslimat sekalian dapat hindarkan dari singgah ke laman web ini. Semoga dengan penyebaran laman web ini dapat memberikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.Sebarkanlah kepada saudara-saudara Islam kita yang lain.
1. www.aol.com/suralikeit
2. www.alrisalah.org
3. www.goharshahi.com
4. www.answering-islam.org
5. www.aboutislam.com
6. www.allahassurance.com
7. www.islam.org.uk
8. www.alislam.org
9. www.thequran.com
Posted by yumizara at 12:28 PG 1 comments
SeLaMat HaRi RaYa!!!
Posted by yumizara at 12:21 PG 0 comments
Selasa, 16 September 2008
aNtArA bAbi n aYaM
Kisah yang menarik yang perlu diambil perhatian!!!
Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya.
Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi". Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.
Mereka bertanya, " Untuk apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!". Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang.
Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.
Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.
Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghairah'(cemburu) orang yang memakannya. itulah yang terjadi sekarang ini.Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was.
Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .
REMEMBER... YOU ARE WHAT YOU EAT !!!
Posted by yumizara at 10:49 PG 0 comments
50 pErbEzAaN ntArA LeLaki n PeReMpUAn
1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
Posted by yumizara at 10:26 PG 0 comments
Isnin, 15 September 2008
WuJudKaH hUbUngAn SuaMi IsTeRi Di ALam AkHirAt
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Posted by yumizara at 9:57 PG 1 comments
bAhaGiaNya BerCinTa
“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.
Posted by yumizara at 9:47 PG 0 comments
Ahad, 7 September 2008
PeTuA
PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
| |
Posted by yumizara at 2:15 PTG 1 comments